Pada
masa lampau masyarakat asli Kenyah sering di lanun atau di serang oleh
orang luar, seperti orang orang Iban, ataupun orang Kenyah sendiri dari
daerah lain. Masyarakat asli Kenyah & Masyarakat asli Iban mempunyai
ciri peperangan yang agak serupa, di mana masyarakat asli kenyah juga
memotong kepala musuhnya dan membawa kepala musuhnya ke kampung
dijadikan sebagai cenderamata, tetapi sebenarnya, menurut kepercayaan,
dengan membawa kepala musuh itu ke kampung dan digantung di dalam bilik,
akan membawa semangat perang atau menambah kekuatan musuh diserap ke
dalam jiwa pahlawan tersebut. [Palo ale' dau ji, nta e tisen un dau du
bada' meki]
Monday, 17 June 2013
Thursday, 13 June 2013
Warisan Kaum Kenyah
Masyarakat
Kenyah ini adalah masyarakat yang berstrata iaitu mempunyai kelas. Ada
tiga kelas sosial iaitu Paren, Panyen dan Lapen. Paren (maren) adalah
golongan kelas aristokrat. Golongan Paren turut terbahagi kepada
beberapa kelas lagi iaitu Paren Besar, Paren Kecil Besar dan Paren
Kecil.
Kelas
Paren adalah golongan pahlawan yang sudah biasa potong kepala manusia.
Paren duduk di tengah-tengah rumah panjang. Mereka dianggap pahlawan
yang berjasa. Dalam proses sosialisasi masyarakat itu, peperangan
merupakan sesuatu yang wajib.
Untuk
menjadi seorang dewasa, seseorang lelaki mesti menyertai peperangan dan
memotong kepala. Sebelum perang dimulakan, mereka perlu melakukan
ritual tertentu. Sebelum berkahwin juga, seorang lelaki mesti berhasil
memotong kepala musuh sebelum dibenarkan kahwin. Kalau dia berjaya,
barulah bermakna dia boleh melindungi keluarganya.
Sebagai
seorang Paren, dia mesti berupaya melindungi masyarakatnya justeru
harus selalu pergi berperang. Golongan ini hanya mahu berkahwin dengan
golongan Paren sahaja, supaya dapat mengekalkan kedudukan. Sekiranya
lelaki Paren berkahwin dengan perempuan Panyen, taraf kedudukannya dalam
masyarakat jatuh satu tangga.
Kelas
Panyen adalah golongan rakyat biasa dan bukan keturunan Paren. Lapen
pula adalah golongan hamba, yang diambil untuk bekerja. Mereka tidak
punya rumah tetapi menumpang dengan keluarga yang menjadi Tuan atau
majikan mereka. Mereka hanya pekerja.
Mudah
untuk mengenali golongan Paren, iaitu melalui imej tatu yang penuh di
badan. Sekiranya imej tatu hanya separuh, seperti contoh cuma di kepala,
mereka golongan biasa. Ahli masyarakat yang mempunyai kedudukan tinggi,
tatu mereka dari dagu hingga ke dada. Tatu itu sendiri merupakan
lambang keberanian kerana tatu tradisi yang mereka lakukan itu amat
menyakitkan.
Wanita Kenyah
Masyarakat
Kenyah berperang dengan tidak melibatkan kaum wanita. Kaum Wanita
dianggap cantik jika mempunyai telinga panjang-panjang. Telinga mereka
menjadi panjang kerana perhiasan anting-anting tembaga. Anting-anting
juga melambangkan kedudukan wanita Kenyah. Lebih besar anting-anting
itu, lebih tinggi kedudukan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)