Masyarakat
Kenyah ini adalah masyarakat yang berstrata iaitu mempunyai kelas. Ada
tiga kelas sosial iaitu Paren, Panyen dan Lapen. Paren (maren) adalah
golongan kelas aristokrat. Golongan Paren turut terbahagi kepada
beberapa kelas lagi iaitu Paren Besar, Paren Kecil Besar dan Paren
Kecil.

Untuk
menjadi seorang dewasa, seseorang lelaki mesti menyertai peperangan dan
memotong kepala. Sebelum perang dimulakan, mereka perlu melakukan
ritual tertentu. Sebelum berkahwin juga, seorang lelaki mesti berhasil
memotong kepala musuh sebelum dibenarkan kahwin. Kalau dia berjaya,
barulah bermakna dia boleh melindungi keluarganya.
Sebagai
seorang Paren, dia mesti berupaya melindungi masyarakatnya justeru
harus selalu pergi berperang. Golongan ini hanya mahu berkahwin dengan
golongan Paren sahaja, supaya dapat mengekalkan kedudukan. Sekiranya
lelaki Paren berkahwin dengan perempuan Panyen, taraf kedudukannya dalam
masyarakat jatuh satu tangga.
Kelas
Panyen adalah golongan rakyat biasa dan bukan keturunan Paren. Lapen
pula adalah golongan hamba, yang diambil untuk bekerja. Mereka tidak
punya rumah tetapi menumpang dengan keluarga yang menjadi Tuan atau
majikan mereka. Mereka hanya pekerja.

Wanita Kenyah
Masyarakat
Kenyah berperang dengan tidak melibatkan kaum wanita. Kaum Wanita
dianggap cantik jika mempunyai telinga panjang-panjang. Telinga mereka
menjadi panjang kerana perhiasan anting-anting tembaga. Anting-anting
juga melambangkan kedudukan wanita Kenyah. Lebih besar anting-anting
itu, lebih tinggi kedudukan mereka.
No comments:
Post a Comment